Monday, 28 December 2015

Ikrar dan Bacaan Umum Vape

Aktiviti   : Ikrar dan Bacaan Umum Vape
Tarikh: 20 November 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Terbuka SK KGV

Kelab Doktor Muda SKKGV telah mengadakan bacaan Ikrar Doktor Muda Membanteras Penggunaan VAPE dan Bacaan Umum yang dibaca semasa perhimpunan di sekolah sebelum cuti sekolah bermula.  Berikut ialah lafaz ikrar tersebut:


IKRAR DOKTOR MUDA MENENTANG PENGGUNAAN VAPE

BAHAWA KAMI
AHLI KELAB DOKTOR MUDA
BERJANJI DAN BERTEKAD
MENENTANG SEBARANG BENTUK PENGGUNAAN VAPE

KAMI BERJANJI AKAN BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN
GURU-GURU, PEKERJA DI SEKOLAH, IBU BAPA, AHLI KELUARGA DAN KOMUNITI

KAMI BERJANJI
AKAN MENASIHATI RAKAN SEBAYA SEPANJANG MASA

KAMI BERJANJI
AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA MEREKA
BAHAWA MENGGUNAKAN VAPE
BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN MEREKA SEPERTI;
KANSER, KEROSAKAN ORGAN DALAMAN, KEROSAKAN SEL PARU-PARU, SEL OTAK,  SEL LAPISAN KULIT, ASMA, SAWAN, KEGAGALAN PERNAFASAN DAN KEMATIAN

BAHAWA KAMI
AHLI KELAB DOKTOR MUDA
AKAN BERTINDAK SEBAGAI AGEN PEMBIMBING KESIHATAN
DEMI MELAHIRKAN GENERASI KEKAL SIHAT SEPANJANG HAYAT
KAMI GENERASI SIHAT











Wednesday, 26 August 2015

Projek Komuniti Gempur Aedes KDM SKKGV ke Peringkat Kebangsaan


Tahniah diucapkan kepada peserta Projek Komuniti Gempur Aedes Kelab Doktor Muda yang berjaya mendapat NAIB JOHAN di peringkat kebangsaan.







KONVENSYEN KEBANGSAAN KELAB DOKTOR MUDA KE-6 2015

Tarikh: 11-14 Ogos 2015
Tempat: UITM Kampus Puncak Alam, Selangor





Tuesday, 7 April 2015

Perasmian Bilik Doktor Muda SKKGV OLEH MENTERI BESAR NS



Menjadi satu kenangan manis bagi Kelab Doktor Muda SKKGV di atas kesudian Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
SPNS, DSNS, PSD, DSSA, ANS

Majlis tersebut telah diadakan pada:

TARIKH:
4 APRIL 2015 (SABTU)
BERSAMAAN
14 JAMADILAKHIR 1436H

MASA:
9.00 PAGI

TEMPAT:
BILIK DOKTOR MUDA SKKGV











Kemudahan di Bilik Doktor Muda SKKGV





Bilik Khas * Penimbang berat badan *
Pengukur tinggi * Peti kesihatan
¨ Papan kenyataan


Peranan Doktor Muda di Sekolah

  • Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
  • Membimbing ke arah cara hidup sihat.
  • Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
  • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan sekolah.
  • Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
  • Merawat kecederaan ringan.
  • Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.

Lagu Doktor Muda

Kamilah Doktor Muda
Memberi Khidmat Menabur Jasa
Bantu Rakan Semua
Jaga Kesihatan Hidup Bermakna

Mari Rakan Semua
Berkongsi Ilmu Menjana Minda
Otak Cergas Kesihatan Terjaga
Sejahtera Hidup Selamanya

Korus:
Usah Buang Masa Lagi
Bersamalah Kita Berpadu Usaha
Kesihatan Diri Fokus Utama
Hubungan Mesra Hidup Ceria

Harga Diri Terpelihara
Maju Bangsa Maju Negara
Jangan Leka, Berubah Segera
Cergas Ke Arah Jaya
(Ulang korus)

Baris akhir:
Diri Cemerlang Hidup SempurnaA