Monday, 28 December 2015

Ikrar dan Bacaan Umum Vape

Aktiviti   : Ikrar dan Bacaan Umum Vape
Tarikh: 20 November 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Terbuka SK KGV

Kelab Doktor Muda SKKGV telah mengadakan bacaan Ikrar Doktor Muda Membanteras Penggunaan VAPE dan Bacaan Umum yang dibaca semasa perhimpunan di sekolah sebelum cuti sekolah bermula.  Berikut ialah lafaz ikrar tersebut:


IKRAR DOKTOR MUDA MENENTANG PENGGUNAAN VAPE

BAHAWA KAMI
AHLI KELAB DOKTOR MUDA
BERJANJI DAN BERTEKAD
MENENTANG SEBARANG BENTUK PENGGUNAAN VAPE

KAMI BERJANJI AKAN BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN
GURU-GURU, PEKERJA DI SEKOLAH, IBU BAPA, AHLI KELUARGA DAN KOMUNITI

KAMI BERJANJI
AKAN MENASIHATI RAKAN SEBAYA SEPANJANG MASA

KAMI BERJANJI
AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA MEREKA
BAHAWA MENGGUNAKAN VAPE
BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN MEREKA SEPERTI;
KANSER, KEROSAKAN ORGAN DALAMAN, KEROSAKAN SEL PARU-PARU, SEL OTAK,  SEL LAPISAN KULIT, ASMA, SAWAN, KEGAGALAN PERNAFASAN DAN KEMATIAN

BAHAWA KAMI
AHLI KELAB DOKTOR MUDA
AKAN BERTINDAK SEBAGAI AGEN PEMBIMBING KESIHATAN
DEMI MELAHIRKAN GENERASI KEKAL SIHAT SEPANJANG HAYAT
KAMI GENERASI SIHAT











No comments:

Post a Comment